(Video) 5 Ciptaan Muslim yang mengubah Dunia

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=eO1xEDriHRo

Video di atas menceritakan 5 ciptaan Muslim yang telah mengubah dunia. Antara kategorinya adalah seperti berikut:-


5. Kebersihan

Kebersihan merupakan satu tuntutan agama bagi seseorang Muslim. Ini dimana Muslim telah menyempurnakan resipi sabun dimana masih digunakan hingga kini. Mereka telah menggabungkan minyak sayuran dan Sodium Hydroxide (garam) dan juga herba beraroma seperti minyak Taim

Syampu juga telah diperkenalkan di England oleh seorang Muslim yang telah membuka rumah mandi di Brighton,UK pada tahun 1759. Beliau juga telah dilantik sebagai pakar syampu kepada Raja George IV dan Raja William IV.

Rasulullah S.A.W telah mempopularkan penggunaan berus gigi pertama dunia dengan menggunakan berus seperti ranting pokok dari pokok Miswak, yang dipercayai membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Bahan yang serupa miswak masih lagi digunakan sehingga kini



4. Optik dan Fotografi

Tamadun Yunani Purba percaya bahawa mata kita memancarkan sinaran cahaya, seperti lazer, dimana membenarkan kita untuk melihat. Manusia pertama dalam sejarah menyedari bahawa cahaya memasuki mata daripada meninggalkannya adalah sarjana Muslim kurun ke 10 iaitu Ibnu Al-Haitham. Beliau telah mencipta kamera pertama selepas menyedari cara cahaya memasuki celah-celah bidai tingkap. Dengan hipotesis, "lebih kecil lubang, lebih cantik gambar", maka beliau telah menyediakan camera Obscura pertama daripada perkataan Arab Qamara.

Sarjana Muslim, Abu Al-Hasan yang dikenali sebagai Alhazen dari Basra juga dikenali sebagai orang pertama yang telah menggambarkan bagaimana mata berfungsi secara terperinci. Beliau telah menhalan kan experiments dengan bahan-bahan yang memantulkan cahaya dan telah membuktikan bahawa mata bukan sahaja merasa persekitaran dengan sinaran cahaya seperti mana yang dipercayai oleh para saintis sebelumnya. Beliau juga telah menemukan bahawa kaca melengkung boleh digunakan sebagai kanta pembesar. Batu Membaca beliau adalah kanta pembesar pertama dicipta. Adalah daripada itu dimana cermin mata kemudian terhasil.



3. Hospital dan Penjagaan Kesihatan Percuma

Hospital moden pertama dengan jururawat dan pusat latihan adalah di Kaherah, Mesir. Di Hospital Ahmed Ibn Tulun, dimana ia dibina pada tahun 872, hospital tersebut telah menyediakan penjagaan kesihatan percuma bagi sesiapa yang memerlukanya, sebuah polisi berlandaskan tradisi Islam dimana menjaga yang sakit. Walaupun hospital-hospital yang asas telah wujud di Baghdad, hospital Tulun yang telah menjadi contoh kepada semua hospital di seluruh dunia.

Beberapa tahun selepas pengenalan hospital, lebih kurang pada tahun 1000 masihi, seorang doktor Muslim yang dikenali sebagai Al-Zahrawi, menerbitkan sebuah ensiklopedia bergambar sebanyak 1500 muka berkaitan pembedahan yang digunaka di Eropah sebagai rujukan perubatan 500 tahun kemudian.


2. Pendidikan 

Pada tahun 859, seorang puteri yang bernama Fatima Al-Firhi, telah menubuhkan universiti pertama yang menganugerahkan sarjana di Fes, Maghribi. Kakak beliau, Miriam menubuhkan masjid bersebelahan, bersama kompleks tersebut dikenali sebagai Masjid dan Universiti Al-Qarawiyyin dimana masih beroperasi hampir 1200 tahun kemudian. Pusat tersebut menjadi satu peringatan bahawa pendidikan adalah salah satu teras tradisi Islam.


1. Algebra

Tak semua orang menghargai kepentingan Algebra, ia adalah salah satu sumbangan zaman kegemilangan Islam yang amat penting kepada dunia moden. Ia telah dimajukan oleh saintis tersohor dan juga ahli matematik, Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi yang hidup pada tahun 780 hingga 850. Dalam karya beliau Al-kitab Al-Mukhtasar fi hisab Al-Gabr wa'l-muqabala, beliau telah menetapkan beberapa prisip asas persamaan algebra. Buku tersebut mengandungi perkataan "Al-Jabr" yang bermaksud Penyelesaian dimana Algebra diperolehi di dalam bahasa Latin

Dalam buku tersebut, Al-Khawarizmi menerangkan bagaimana penggunaan persamaan algebraic bersama pemboleh ubah unknown untuk menyelesaikan permasalahan dunia sebenar seperti pengiraan zakat dan pembahagian harta. Satu aspek yang unik alasan penciptaan algebra adalah untuk melakukan pengkiraan yang diwajibkan dalam undang-undang Islam menjadi mudah diselesaikan di dalam dunia tanpa kalkulator dan komputer.

Buku beliau telah diterjemahkan kepada Latin di Eropah sekitar tahun 1000 hingga 1100 masihi dimana beliau dikenali sebagai Algoritmi. Perkataan Algorithm adalah berdasarkan nama beliau dan karya matematik beliau. Tanpa kerja beliau dalam membangunkan algebra, aplikasi matematik seperti kejuruteraan akan menjadi mustahil. Karya beliau telah digunakan sebagai buku teks di universiti-universiti di Eropah untuk beratus tahun delepas kematian beliau

Comments

Post a Comment