KARYA AZ-ZAHRAWI
Hingga hari ini, dunia
perubatan dan pembedahan begitu menyanjungi karya-karya sarjana Islam seperti
Qanun fi-Tibb yang dikarang oleh Ibn Sina, Kitab Al-Hawi oleh Al-Razi, Sandaqol
Hikmah oleh Jabbir al-Hayyan dan pelbagai lagi karya sarjana ilmuan Islam.
Antara manuskrip kitab Al-Tasrif Liman Ajiz ‘an Al-Ta’lif
Az-Zahrawi tidak kurang
hebatnya dari segi penulisan. Walau hanya menghasilkan dua buah buku sahaja
sepanjang hayatnya, namun sumbangan penulisannya sangat besar dalam dunia
perubatan. Bukunya yang berjudul Al-Tasrif Liman Ajiz ‘an Al-Ta’lif, merupakan
ensiklopedia pembedahan terkenal dan sangat berguna bagi pengamal perubatan
khususnya dalam bidang pembedahan. Manakala Kitab Al-Maqalah fi Amali ‘ala
Fanni al Jarahah pula, menjadi rujukan hingga ke abad 21. Walaubagaimanapun,
berdasarkan kajian lepas, hanya Kitab At-Tasrif sahaja yang lebih terkenal.
TEKNIK DAN ALATAN PEMBEDAHAN AZ-ZAHRAWI
Kitab At-Tasrif atau
disebut juga sebagai ‘Ensiklopedia Al-Zahrawi’, mengandungi 30 jilid, yang
meliputi pelbagai bidang perubatan, kedoktoran dan pembedahan. Jumlah helaian
pula tidak kurang daripada 1500 muka surat.
Dalam bab pembedahan,
az-Zahrawi mencatatkan pelbagai ilustrasi teknik-teknik pembedahan, alat-alat
bedah, serta panduan melakukan pembedahan dengan tertib. Antara teknik
pembedahan dan pemeriksaan yang diperkenalkan oleh az-Zahrawi ialah:
- Teknik pembedahan mata untuk penyakit katarak.
- Teknik pembedahan hidung dan telinga.
- Teknik pembidanan untuk ibu-ibu bersalin.
- Teknik rawatan pergigian.
- Teknik pembedahan perut dan pundi kencing.
- Teknik pembedahan bagi kanser (contohnya kanser payudara).
- Teknik merawat tulang patah.
Al-Zahrawi juga
memperkenalkan alat-alat bedah ciptaan beliau beserta cara penggunaannya.
Setiap alat bedah yang dicipta itu mempunyai fungsi tersendiri untuk merawat,
memeriksa dan membedah pada bahagian-bahagian tertentu. Alat-alatan bedah
beliau tidak kurang dari 150 alatan. Al-Zahrawi juga mencatatkan alat-alat
bedah yang dibuat daripada besi adalah lebih baik daripada bahan lain seperti
emas. Ini kerana emas tidak cukup panas apabila dipanaskan ataupun terlebih
menyerap kepanasan yang akan menyebabkan emas mencair.
Antara alat-alat ciptaan Az-Zahrawi ialah:
- Alat bedah dan pemeriksaan bagi mata, hidung, lidah dan telinga
- Alat untuk mengeluarkan batu karang dalam pundi kencing
- Alat untuk mengeluarkan sel kanser tahap 1. (kanser peringkat awal).
- Alat untuk mengeluarkan janin mati daripada perut ibu.
- Alatan dalam bidang pergigian.
Dalam Kitab At-Tasrif
juga, al-Zahrawi memuatkan info-info penting berkenaan tips kesihatan dan diet
seimbang untuk pesakit. Sebagai tambahan, al-Zahrawi juga menyumbang kepada
penyediaan ubat-ubatan seperti ubatan herba. Ubat-ubatan beliau kebanyakannya
dihasilkan melalui teknik penyulingan dan pemejalwapan.
HAEMOPHILIA
Selain kepakaran
az-Zahrawi yang dapat menghurai berkenaan ‘ectopic pregrancy’ atau
‘kandungan luar rahim’, beliau juga menjadi orang pertama yang mampu
menerangkan secara terperinci mengenai haemophilia. Haemophilia merupakan
penyakit keturunan, yang berpunca akibat kekurangan faktor pembekuan darah.
Pesakit akan mengalami pendarahan yang serius apabila terluka. Sosok ini juga
telah memperkenalkan penggunaan benang sutera untuk tisu yang berselirat.
Selain itu, Al-Zahrawi
juga memperkenalkan teknik pengikat di lengan untuk menghentikan aliran darah
ketika berlaku pendarahan yang teruk. Sumbangan Al-Zahrawi ini ternyata amat
besar dan mencapah. Beliau bukan sahaja mahir dalam bidang perubatan dan
pembedahan malahan ada yang mendakwa Al-Zahrawi juga turut mahir dalam bidang
kosmetik dan kecantikan. Beliau telah memperkenalkan minyak gosok serta
kepentingannya. Cara-cara penyediaan minyak gosok daripada bahan-bahan asas
juga pernah dicatat oleh beliau dalam karyanya At-Tasrif. Al-Zahrawi juga
menggunakan zat minyak yang disebut sebagai Adhan untuk rawatan dan kecantikan.
Bukan hanya itu,
malahan Al-Zahrawi juga memperkenalkan jenis-jenis wangian yang pelbagai dan penuh
beraroma. Teknik-teknik menguatkan gusi serta memutihkan gigi juga telah
diperkenalkan oleh tokoh hebat ini. Oleh itu, masyarakat Islam Andalus pada
abad ke-12 telah mengetahui dan menggunakan produk-produk kecantikan antaranya
krim tangan, pembersih mulut dan pembersih hidung.
good info, nanti update lagi
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteGood info and explanation
ReplyDelete