AL-KHAWARIZMI : TOKOH MATEMATIK TERULUNG

LATAR BELAKANG TOKOH


            Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.  Al-Khawarizmi telah dikenali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.

            Beliau telah dilahirkan di Bukhara.  Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi.  al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M.  Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Uzbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.

PENDIDIKAN


            Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas.  Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapi di dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

            Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah.  Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.  Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad.

            Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan  astronomi.  Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah.  Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.  Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.

            Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab.  Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.


PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

BIDANG MATEMATIK
Mempunyai kepakaran dalam ilmu matematik dan diiktiraf oleh pemerintahan Abbasiyah seperti Khalifah al-Ma’mum dan Khalifah Harun al-Rashid. Beliau telah dilantik sebagai pakar matematik dan ahli akademik matematik di Baitul Hikmah oleh Khalifah Harun al-Rashid. Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Arkib Buku di perpustakaan istana oleh Khalifah al-Ma’mum. Bertindak mengemaskinikan sistem perpustakaan dengan menambah indeks buku-buku di perpustakaan, mengetuai serta mengawasi kerja penterjemahan buku-buku matematik dalam bahasa Yunani. Beliau turut dilantik sebagai astronomi dan bertugas di balai cerap di Baghdad oleh Khalifah al-Ma’mum. Sumbangan terbesar beliau ialah memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini iaitu 0,1,2,3,4,5,6,7,8, dan 9. Angka-angka ini menggunakan simbol-simbol tertentu dan mewakili nilai-nilai tertentu seperti yang digunakan oleh penduduk timur Arab. Al-Khwarizmi merupakan orang pertama memperkenalkan angka sifar dan perpuluhan dalam ilmu matematik.  Penggunaan angka inilah akan terbitnya nombor yang mencapai infiniti. Hasilnya, ilmu matematik semakin berkembang meliputi operasi kuasa, log, kosinus dan sebagainya. Al-Khwarizmi juga dikenali sebagai Bapa al-Jabar setelah memperkenalkan jurusan aritmetik dengan penggunaan simbol yang mewakili nombor dan nilai (pembolehubah). Hasilnya banyak masalah pengiraan yang dihadapi oleh masyarakat Islam dapat diatasi. Buku kaedah aritmetik al-Jabar ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan telah menjadi rujukan di universiti-universiti di Eropah pada abad ke-12 M - ke-13 M. Beliau berjaya mencipta ilmu baharu yang belum pernah dicipta oleh pakar-pakar matematik sebelumnya seperti istilah-istilah baharu dalam ilmu aritmetik. Antaranya ialah istilah pemboleh ubah kuasa dua (x²), pemboleh ubah (x) dan pemalar (c) yang digunakan sehingga kini.


Comments