Abu Al-Qasim Al-Zahrawi
BIODATA
Abul Qasim Khalaf ibn al-Abbas az-Zahrawi atau Al-Zahrawi (Madinatuz Zahra', 936 - 1013), (Bahasa
Arab: أبو القاسم) dikenal di Barat
sebagai Abulcasis. Dia juga kadang-kadang dipanggil
dengan Al-Anshari, kerana nenek moyangnya berasal dari Madinah
Al-Munawwarah. Dalam bahasa Latin dan bahasa Eropah pada umumnya, nama
Az-Zahrawi telah diubah menjadi Alzahravius.
Sedangkan julukan nama beliau ialah Abu Al-Qasim telah diubah ke dalam dua
versi, iaitu Albucasis dan Abulcasis. Kedua nama inilah yang hingga sekarang
dikenal di Eropah. Beliau adalah salah satu pakar di bidang kedokteran pada
masa Islam abad Pertengahan. Al-Zahrawi
pernah berkhidmat dengan Raja Sepanyol, Raja Al-Hakam II. Penglibatan beliau
dalam bidang perubatan lebih tertumpu kepada bidang pembedahan. Umum
mengenalinya sebagai pakar bedah yang terbaik pada Zaman Pertengahan dan tidak
mustahillah ketokohannya itu menyebabkan beliau digelar sebagai “Bapa
Pembedahan Moden”. Selain daripada bidang pembedahan, beliau juga pakar
dalam bidang pergigian. Beliau telah memperkenalkan banyak pembaharuan dalam
bidang ini. Selain daripada itu, beliau juga telah menghasilkan pelbagai jenis
karya yang sentiasa menjadi rujukan pada masa kini. Banyak di antara buku-bukunya
diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Selepas 77 tahun menumpukan seluruh
tenaga dalam bidang perubatan, Al-Zahrawi akhirnya menghembuskan nafas yang
terakhir pada tahun 1013M dengan meninggalkan banyak jasa. tahun wafatnya
ahli bedah ini, menurut riwayat seorang penjelajah dan sejarawan, Al-Hasan
Al-Wazzan, adalah 404H (1013M). Al-Qasim adalah dokter kerajaan pada masa
Khalifah Al-Hakam II dari kekhalifahan Umayyah.
SUMBANGAN
Al-Zahrawi sememangnya seorang
pakar bedah yang dikagumi dan dihormati ramai. Ramai pesakit dan pelajar yang
datang berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan dan meminta
nasihat. “Sejarah Perubatan Arab” menyatakan bahawa prinsip perubatan
Al-Zahrawi telah menjadi asas Kurikulum Perubatan Eropah yang di tulis oleh Dr.
Campbell. Al-Zahrawi terkenal dalam menghasilkan alat-alat untuk
mengenalpasti bahagian dalaman badan seperti telinga. Beliau juga
memperkenalkan teknik pembakaran tisu dalam 50 jenis pembedahan yang berbeza.
Beliau juga menyumbang kepada penyediaan ubat-ubatan dan aplikasi
teknik-teknik dalam pembedahan dan menjadi orang yang pertama menceritakan
dengan terperinci mengenai hemofilia dan penggunaan benang sutera untuk tisu
yang berselirat.
Dalam Bidang Operasi Secara Umum
- Az-Zahrawi merubah persepsi orang tentang operasi dari sekdar profesi seperti yang dilakukan oleh tukang bekam atau tukang cukur menjadi ilmu yang erat kaitannya dengan kedokteran dan bedah. Dia memberikan nasihat kepada para ahli bedah agar mempelajari ilmu bedah dan banyak berlatih sebelum melakukan praktikal agar mereka benar-benar mengetahui ilmu anatomi, bentuk susunan dan hubungannya antara satu dengan lainnya. Di samping itu, mereka juga harus mengetahui keadaan tulang, urat dan otot serta tempat-tempatnya dan hubungan antara satu dengan lain.
Operasi Saluran Kencing
- Az-Zahrawi adalah orang yang pertama kali menemukan cara mengeluarkan penumpukan zat kapur pada saluran kencing. Dalam bukunya "At-Stashrif", dia menasihatkan kepada para ahli bedah agar melakukan bedah dengan cara yang sesuai untuk mengeluarkan tumpukan zat kapur yang telah menjadi batu, dan dipecahkan dengan kempa (apitan), lalu dikeluarkan sepotong demi sepotong.
Bedah Rongga Pernafasan
- Az-Zahrawi berjaya mengembangkan bedah rongga pernafasan (tracheotomy). Cara bedah seperti ini sebenamya telah ditemukan oleh orang-orang Mesir kuno untuk mengubati orang yang sakit dan tercekik tekak.
HASIL KARYA
Al-Zahrawi juga terkenal kerana penghasilan Ensiklopedia iaitu ‘Kitab
al-Tasrif’ yang berjumlah 30 jilid. Kitab ini telah menjadi panduan kepada
doktor-doktor pembedahan sepanjang abad. Di dalam kitabnya ini, beliau telah
memberi penjelasan secara terperinci dan tersusun mengenai perubatan Islam.
Pada jilid terakhir buku ini terdapat ilustrasi lebih daripada 200 alat pembedahan
yang mana kebanyakannya dicipta sendiri oleh beliau.
Antara alat bedah rekaan Az-Zahrawi |
klik sini untuk sambungan
Comments
Post a Comment