IBNU NAFIS : BAPA FISIOLOGI

BIODATA

Ibnu Al-Nafis atau nama penuhnya Alauddin Abu Al-Hassan Ali bin Abi Al-Hazm Al-Qurashi Al-Dimashqi Al-Misri merupakan salah seorang ilmuwan Islam yang cemerlang dan kreatif yang lahir daripada keimanan dan komitmennya dalam hidup beragama. Ibnu Al-Nafis telah dilahirkan di Damsyik pada 611 hijrah/1213 Masihi pada zaman penguasaan Sultan Saifuddin Al-Ayyubi dan berkhidmat di Kaherah, Mesir. Beliau telah mendalami ilmu perubatan di Hospital Noor yang dibina oleh Sultan Nuruddin Muhammad bin Zinki di Damsyik. Di situ beliau mempelajari ilmu perubatan secara teori dan praktikal.

SUMBANGAN

1. Memberi penjelasan mengenai sistem kecil peredaran darah, melalui rongga-rongga jantung dan paru-paru. Ketika berusia 23 tahun, Al-Nafis telah memutuskan untuk berhijrah ke Kaherah, Mesir. Beliau memulakan kariernya sebagai seorang pakar di Hospital Al-Nassri dan di Hospital Al-Mansouri. Setelah enam tahun mengabdikan diri di dua hospital tersebut, pada 1242 M, Al-Nafis telah menerbitkan karyanya yang berjudul The Commentary on Anatomy in Avicenna’s Canon. Di dalam kitab itulah, beliau berjaya mengungkapkan penemuannya dalam anatomi manusia. Penemuannya yang paling penting adalah mengenai peredaran darah di dalam paru-paru dan jantung.

ii. Beliau adalah seorang doktor dan pakar bedah dari Syria. Beliau telah menghasilkan teknik pembedahan dan perawatan selepas pembedahan.

KARYA

1. Kitab al-Shamil fi al-Tibb

Menginjak usianya pada 31 tahun, Al-Nafis kembali menyiapkan karyanya yang lain berjudul The Comprehensive Book on Medicine. Kitab itu sudah diterbitkan dalam 43 buah jilid pada tahun 1243M-1244M. Selama lebih satu dasawarsa berikutnya, Al-nafis berjaya menyiapkan karyanya di dalam bidang perubatan hampir 300 buah jilid. Walaubagaimanapun, beliau hanya menerbitkan karyanya itu dalam 80 buah jilid . Sejarah telah mencatatkan bahawa The Comprehensive Book on Medicine merupakan ensiklopedia perubatan terbesar di zamannya.

2. Kitab ‘Al-Shamil fi'l-sina At-tibbiyah’ (Suatu Kajian Menyeluruh Bagi Seni Perubatan) yang merangkumi bidang pembedahan .

3 .Kitab al-Mukhtar fi al-Aghdhiya, yang mengupas tentang kesan diet bagi kesihatan .

KEWAFATAN

Ibnu Al-Nafis wafat pada 17 Disember 1288 atau 11 Zulkaedah 687H. Menceritakan diwaktu saat-saat terakhir hidupnya, Ibnu Al-Nafis telah diserang oleh satu penyakit. Sahabat-sahabat yang terdiri dari kalangan doctor pakar perubatan telah berbincang dan membuat kesimpulan bahawa beliau harus menggunakan arak (alkohol) untuk mengubati penyakitnya itu. Namun, Ibnu Al-Nafis menolak saranan itu sambil berkata, “Aku tak ingin bertemu Allah Taala sedangkan pada tubuhku ada secebis daripada arak”.

Comments

Post a Comment