Pendahuluan



Al-Bahth-IST adalah ssebuah laman blog yang diterajui oleh 6 orang pelajar jurusan Engineering Technology bagi melengkapi keperluan modul Islam, Sains, dan Teknologi.

Blog ini bertujuan untuk mengkaji sumbangan para sarjana Muslim tersohor pada zaman kegemilangan Islam ketika mundurnya Eropah pada zaman pertengahan. 

Antara skop yang dikaji antaranya dari bidang perubatan, kimia, dan matematik. Sumbangan para sarjana Islam telah banyak menyumbang kepada perkembangan tamadun manusia pada ketika itu dan telah banyak merubah cara hidup manusia hingga kini dan nama mereka telah diperingati dalam perbagai terma antaranya Avicenna (Ibnu Sina), Geber (Jabir ibn Hayyan), Algortitmi (Al-Khawarizmi) dan ramai lagi.

Oleh itu sebagai pelajar jurusan kejuruteraan dan seorang Muslim, maka ia menjadi satu kebanggaan untuk mengkaji, mengenali dan menghargai jasa-jasa sarjana Muslim yang telah banyak menyumbang kepada kemajuaan umat Islam terutamanya dan juga kepada tamadun manusia.

Segala isi, segala kajian, merujuk kepada pelbagai sumber.